Filem akan datang A Star Is Born yang dibintangi oleh Lady Gaga dan Bradley Cooper sudah menjadi bualan ramai ketika ini yang mana boleh dikatakan rata-rata tidak sabar menantikannya.
Dengan lakonan yang cukup membanggakan, sesetengah mungkin tertanya-tanya apa yang diperlukan untuk mencapai tahap tersebut, dan ternyata pelakon dan juga pengarah filem ini iaitu Bradley Cooper menggunakan beberapa taktik yang menarik untuk mendapatkan prestasi lakonan terbaik dari Gaga.
Gaga mendedahkan yang Cooper sebenarnya melarang dirinya bersolek di set penggambaran, bahkan melaporkan yang mana Cooper mengambil tisu mekap dan menyapu wajah Gaga ketika sesi ujibakat, dengan berkata kepadanya, “Completely open. No artifice.”