Pakar hidupan liar amat menekankan tentang masa depan kehidupan haiwan dan dunia secara keseluruhan.
Laporan ‘Our Living Planet 2018’ dari World Wildlife Federation (WWF) mendakwa yang kemanusiaan bertanggungjawab untuk kepupusan 60 peratus kadar populasi hidupan di muka bumi termasuklah burung, ikan, mamalia dan reptilia sejak tahun 1970.
59 orang ahli sains yang menyumbang kepada kajian itu mendapati bahawa peningkatan bilangan manusia dan penggunaan makanan dan sumber semakin memudaratkan “jaring kehidupan” yang dicipta dari sejarah bumi, dengan mengganggu keseimbangan ini, udara bersih, air dan banyak lagi kian terjejas.
“Jika berlakunya penurunan kadar bilangan populasi manusia sebanyak 60 peratus, ia mungkin sama seakan mengosongkan bumi Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, Eropah, China dan Oceania. Itu adalah skala yang kita telah jejaskan,” kata Mike Barrett, pengarah eksekutif sains dan pemuliharaan di WWF kepada The Guardian.
Faktor utama yang menyumbang ke arah kemusnahan sistem sokongan kehidupan kita adalah kerosakan habitat semula jadi, kemusnahan sumber makanan dan pencemaran kimia.
Tidak dilupakan dengan sifat manusia yang kian kejam dan rakus terhadap hidupan liar di mana ada yang sanggup membunuh hanya untuk mendapatkan sebahagian dari anggota badan binatang tersebut dengan alasan untuk perubatan dan sebagainya. Seperti contoh dengan entri terbaharu dari National Geographic di Instagram yang membuka mata ramai akan masalah kepupusan haiwan liar di atas kesilapan manusia sendiri.
Walaupun usaha pemuliharaan turut membantu beberapa spesis haiwan di dunia, ahli saintis yang terlibat percaya yang ia memerlukan komitmen satu dunia untuk menggunakan sumber dan kaedah penggunaan yang mampan hanya untuk memberi peluang kedua buat bumi agar kembali pulih dari kerugian sekarang ini.