Menjadi Victoria’s Secret Angel merupakan impian setiap model tetapi Gisele Bündchen menamatkan kontraknya dengan jenama pakaian dalam itu atas sebab yang cukup berani.
Acara gilang gemilang Victoria’s Secret Fashion Show yang dinanti-nantikan ramai setiap tahun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan baru-baru ini bekas VS Angel, Gisele Bündchen membuka cerita tentang gembira sedih sepanjang kerjayanya sebagai model VS menerusi bukunya yang bertajuk Lessons : My Path to a Meaningful Life.
Pada usia 19 tahun, Bündchen berjaya menarik perhatian ramai yang mana tidak ramai model fesyen pada ketika itu dengan menandatangan kontrak komersial bersama jenama pakaian dalam gergasi dunia iaitu Victoria’s Secret.
“Pada masa itu saya adalah seorang model fesyen dan Victoria’s Secret adalah sebuah syarikat katalog. Pada tahun 1999, terdapat pembahagian kuat antara dua perkara itu,” kata Bündchen di dalam bukunya.
Pada awal kontrak, dia sangat gembira kerana dengan cara itu kewangannya terjamin. Dia mendedahkan yang mana amaun bayaran setahun dari jenama itu mampu menampung 80 peratus akan pendapatan tahunannya dan dia sangat gembira untuk menyambung kontraknya selama dua tahun lagi. Namun kehidupan penuh glamor sebagai model VS kemudiannya mula berkurangan untuk Bündchen.
“Untuk lima tahun pertama, saya sangat selesa dalam dunia permodelan pakaian dalam tetapi pabila masa berlalu, saya berasakan semakin kurang selesa diri saya dirakam di atas pentas peragaan hanya memakai bikini atau thong,” katanya. “Give me a tail, a cape, wings — please, anything to cover me up a little!”
Jadi ketika tiba masa untuk dia memperbaharui kontraknya pada tahun 2006, dia mula teragak-agak. “Saya sangat bersyukur dengan peluang dan kewangan yang terjamin kala menjadi model untuk syarikat itu, tetapi saya merasakan diri saya berada di satu tempat yang lain dalam hidup saya, dan saya tidak pasti sama ada ingin terus bekerja di situ,” ujar nya.
Peningkatan jemputan untuk menghadiri pembukaan stor, melakukan iklan komersial untuk televisyen dan media cetak serta kerap mengembara untuk sesi penggambaran mula membebaninya dan selepas beberapa bulan berdoa dan bermuhasabah diri, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya di VS.
“Saya menggumpal dua helai kertas kecil (bertulis ‘yes’ dan ‘no) dan meletakkannya di dalam cawan kosong. Saya menutup mata dan menetapkan niat ; tidak kira kertas yang mana saya pilih akan menjadi pilihan dan keputusan yang terbaik untuk diri saya.”
Seperti mana sejarah tertulis, dia memilih ‘no’ dan mengundur diri dari syarikat itu. “No was the answer I unconsciously wanted to hear. It was also the answer my body wanted to hear and, I believe, had been trying to tell me for days.”
Bündchen mengatakan yang mana dia dalam keadaan yang tenang dengan keputusan itu dan dia percaya yang ia adalah yang terbaik buatnya. Tetapi tahun-tahunnya bekerja di bawah syarikat itu bukan hanya membentuk kareernya tetapi juga mencipta masa depannya.
Teman baiknya, yang mana Ketua Pegawai Kreatif (CCO) di VS Ed Razek akhirnya dalam diam setting up sebuah blind-date untuk Bündchen dengan kini suaminya iaitu Tom Brady. Mereka berkahwin pada tahun 2009 dan berkongsi anak perempuan, Vivian Lake, berusia 5 tahun, Benjamin Rein, 8 tahun dan anak lelakinya John Jack Edward Thomas, 11 tahun, yang mana anak pertama Brady bersama bekas isterinya, Bridget Moynahan.