Pastinya ramai yang tertanya di manakah pasangan pengantin baharu ini akan berbulan madu. Ini perkongsian mereka mengenainya.
Priyanka Chopra dan Nick Jonas sememangnya sudah mengadakan majlis perkahwinan yang terindah tetapi pasangan popular ini sudah pun bersedia untuk masa depan mereka bersama.
Selepas lima hari majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriahnya di Jodhpur, India, Priyanka dan Nick kini tidak sabar untuk berbulan madu secara private “dia beberapa resort di dunia,” Priyanka berjenaka kepada PEOPLE.
Pasangan selebriti yang boleh digelar ‘globe-trotting’ ini juga perlu membuat keputusan di mana lokasi yang mereka akan gelar sebagai rumah mereka.
Meskipun sibuk dengan kerjaya masing-masing, pasangan ini “mahu mengutamakan antara satu sama lain dalam apa jua yang mereka lakukan. Dan jadikan setiap hari sebagai yang teristimewa tidak kira bersama atau berjauhan,” ujar Jonas.
Walaupun berjauhan, pengantin lelaki dan perempuan ini sudah pun membuat ikrar bersama, “untuk berkomunikasi antara satu sama lain pada setiap hari dan cuba untuk tidak berjauhan lebih dari dua minggu,” kata Priyanka. “Kejauhan amat sukar untuk apa sahaja jenis perhubungan tetapi ia sebenarnya buatkan kita lebih dekat.”
Untuk permulaan sebagai sebuah keluarga, pasangan ini mahu menerima setiap apa yang hadir. “I always say, ‘Man proposes, God disposes.’ So I’m not taking any chances. We definitely want kids, and when the time is right, it will happen,” kata Priyanka.
Buat masa sekarang, memori pengalaman lima hari terbaik ini apa yang mereka mahukan. “Beri kami peluang untuk menikmati perkahwinan ini terlebih dahulu sebelum kami mengambil keputusan untuk perkara yang besar. Kami kini sedang berada di fasa ingin berbulan madu dan ia akan mengambil masa yang agak lama,”ujar Nick.