Kicking off tahun 2019 dengan solekan bintang ternama di Golden Globes pastinya dapat berikan anda lebih inspirasi.
Ia sekaligus menjadikan acara karpet merah terbesar pertama yang berlangsung pada tahun ini. Tahun lalu, acara penganugerahan paling berprestij ini menhimpunkan selebriti yang hadir dengan sentuhan jurumekap yang berkonsepkan tona sedikit suram, dengan kod dress all-black dalam membawa mesej menentang gangguan seksual serta ketidakseimbangan jantina dalam Hollywood, berserta menyokong gerakan Me Too dan Time’s Up.
Tahun ini, barisan selebriti Hollywood dilihat bermain dengan rona dalam fesyen mereka, malah dandanan rambut serta solekan mereka juga lebih adiwarna. EH! himpunkan gambar solekan bintang terkenal yang paling cantik berseri di acara tahunan berprestij itu.