Keputusan calon untuk TOP 20 KOREA BUZZ pasti bikin ramai peminat gonyang kerana figura yang tercalon bukan saja dari kategori selebriti Korea tetapi turut diserta ramai lelaki dan wanita kacak dan jelita di Korea Selatan.
Persaingan begitu sengit bagi kategori TOP 20 Model lelaki dan wanita dan Lelaki & wanita Stailo kerana model-model Korea terpaksa bersaing dengan bintang K-POP dan pelakon Korea yang turut bergelar model serta insta famous yang begitu popular dan pandai bergaya. Malah bagi kategori duo atau pasangan pula menunjukkan lebih ramai pasangan penyanyi tercalon memandangkan lagu-lagu mereka masih lagi segar dan disukai ramai peminat antarabangsa terutama sekali Malaysia.
Apa yang pasti, bagi kategori pereka fesyen pula mengundang kejutan kerana ia turut membuktikan Korea bukan saja kuat dengan muzik K-POP, drama Korea dan teknologi, tetapi fesyen ala Korea sememangnya menjadi ikutan ramai. Menariknya, nama pelakon kacak, Lee Dong Wook terus tersenarai dalam kategori yang dipertandingkan untuk siri kedua.
Jangan lupa untuk melihat calon TOP20 KB kerana tidak lama lagi anda perlu memilih pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Anda juga boleh membuat pilihan di laman facebook dan instagram Korea Buzz. Adakah anda berpuas hati dengan calon-calon di sebelah?