Satu-satunya ‘relationship goals‘ yang wanita dambakan sebenarnya adalah bersama bedak asas yang serasi demi memiliki kulit mulus berpanjangan.
Cukup ikonik, bedak asas Diorskin Forever & Diorskin Forever Skin Glow ini terkenal dengan formulanya yang mampu bertahan lama, dan kini ia berinovasi lebih tinggi dengan kesan selama 24 jam. Dengan teksturnya yang nyata luar biasa, ia mampu memberikan kemasan yang halus mulus serta menjanjikan keselesaan sepanjang hari.
Forever dihasilkan untuk memelihara dan menaikkan seri wajah wanita sekaligus menyerlahkan diri mereka. Diorskin Forever Skin Glow pula hadir dengan kehebatan untuk menghasilkan tekstur kulit yang menyerlah serta efek terakhir yang pusam semula jadi.
Anda mempunyai dua pilihan untuk Forever iaitu antara Diorskin Forever dan Diorskin Forever Skin Glow. Ia boleh dipilih mengikut stail dan mood, sekaligus menjadi pelengkap hari anda.
Diorskin Forever Matte (untuk kulit sempurna)
Ia mempunyai tekstur yang sangat halus, jadi ia mampu menghasilkan sapuan yang mulus dan selepas partikel-partikel halus bedak asa ini menyerap masuk ke dalam kulit ia akan meneutralkan kilauan kulit akibat minyak lantas menghasilkan kemasan seakan baldu. Ia juga menjadikan ronanya sebati dan mesra pada kulit serta tidak terlihat seperti memakai bedak asas.
“Asalkan ia memberi sinar yang sempurna, kemasan pusam sentiasa menjadi pilihan yang tepat. Diorskin Forever sentiasa menyenangkan tidak kira apa situasi sekali pun. Ia meratakan ton wajah dalam masa yang sama mengurangkan cela dan garis-garis halus,” kata Pengarah Kreatif dan Imej, Peter Philips.
Diorskin Forever Skin Glow (untuk kulit bebas minyak namun menyerlah)
Kulit yang berminyak ringan dipilih untuk menghasilkan formula bedak asas yang ‘sensual’ dan menyerap pantas pada kulit untuk setiap sapuan. Ia juga ditambah dengan agen pelembap untuk menghasilkan kemasan yang mewah dan dalam masa yang sama menganjalkan kulit wajah. Bedak asas pencerah ini berkesan dalam merangsang refleksi cahaya pada wajah.
“Diorskin Forever Skin Glow ini cukup versatil, terpulang kepada sisi pencahayaan yang berbeza, ia mampu menghasilkan efek berlainan. Dalam pencahayaan lembut ia menangkap cahaya secara perlahan-lahan, jadi pantulah cahaya juga minimum dan lembut. Manakala di siang hari, di bawah sinar mentari ia membuatkan kulit lebih cerah dan memancarkan kilauan sempurna,” ulas Peter Philips.
8 Ton (Malaysia)
Ia seakan unlimited pemilihan ton yang serasi dengan kulit sempurna. Palet rona kulit hadir dalam pelbagai ton seperti ros, olive dan pic paling sesuai untuk kulit cerah hingga berton gelap.
“Dengan rangkaian Forever, Dior melangkah ke era baru dalam dunia bedak asas. Kami memahami kehendak wanita yang kini serba tahu tentang solekan, malah mereka kini boleh bermain dan bereksperimen dengan bedak asas sebagaimana mereka bereksperimen dengan rona-rona gincu,” kata Pengarah Kreatif dan Imej Dior Makeup, Peter Philips.