Dari koleksi yang dramatik ke rekaan siluet yang cantik, ringan dan santai, koleksi fesyen Marc Jacobs musim bunga dan panas 2019 ini semestinya yang anda nanti-nantikan selama ini.
Untuk koleksi kali ini, ia mengetengahkan rona-rona pastel serta fabrik yang digunakan juga lebih ringan dan menghasilkan look bersahaja. Sebagai pembukaan musim bunga, Marc memilih lingerie-inspired slip dress berwarna mint pucat, menjadikan antara tona utama untuk koleksi ini.
Bahkan, outerwear koleksi ini juga direka penuh berstruktur tetapi material yang digunakan juga agak ringan dengan variasi sutera, kapas dan bulu pelepah burung unta yang dijahit tangan.
Sementara itu menerusi pakaian untuk lelaki ia lebih menonjol dengan rekaan jahitan yang lebih besar dan styling yang lebih playful, blaus jarang yang boleh dikenakan di dalam padanan sut.
Bukan itu sahaja, malah untuk koleksi kali ini juga ia bermain dengan understated knits. Baju sejuk lurex yang boleh menjadi item utama kala bergaya, sementara thermal crews dengan rona solid, tanks dan V-necks boleh dipadankan bersama celana satin potongan high-waisted, skirt gazarpolka dot dan skirt organza coral.
Kemasannya boleh dilihat menerusi perinciannya di atas kardigan camel tanpa neck dan ropol di lengan serta kardigan lurex yang direka seakan fishnet.
Tops dan dress Marc Jacobs untuk musim ini ia lebih volum dengan tambahan bulu burung unta, couture bersahaja serta formasi menentang graviti.
Aksesori statement untuk koleksi ini hadir dalam bentuk kalung choker bunga kristal, rantai dan gelang tangan manik kaca, serta cincin dan anting-anting diperbuat dari resin. Dalam mengekalkan look feminin buat si pemakai, potongan pinggang elegan serta rekaan leher kembang sebagai satu ciri-ciri sarat yang diperkenalkan.