Satu lagi karya teragung Yuna dilancarkan selepas sebulan pelancaran Forevermore yang turut menjadi bualan ramai. Bukan calang-calang, kali ini Yuna tampil berkolaborasi untuk kali kedua dengan G-Eazy!
Seakannya fenomena lagu Forevermore masih lagi segar tetapi kini Yuna sekali lagi melancarkan single terbaharu dan tidak dinafikan ia sememangnya sebuah karya yang boleh dikatakan the bomb!
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zara’ai kali ini berkolaborasi bersama seorang lagi rapper dari Amerika Syarikat iaitu G-Eazy untuk single baharunya berjudul Blank Marquee.
Peminat serta pengikut sosial media Yuna telah diusik dengan beberapa clue akan kolaborasi terkininya ini sejak minggu lalu lagi.
someone will be joining me on this track.. can you guess who?
— Yuna Zarai (@yunamusic) May 9, 2019
Semalam, akhirnya Yuna mendedahkan artis tersebut yang mana adalah G-Eazy, seorang rapper kelahiran California yang mana album pertama major-label miliknya berjudul The Things Happen yang dilancarkan pada tahun 2014 berjaya menakluk tangga ke-3 di dalam US Billboard pada tahun itu.
Kerjasama ini merupakan projek kedua Yuna bersama G-Eazy. Sebelum ini mereka pernah bekerjasama buat kali pertama untuk Lights And Camera versi remix, single Yuna pada tahun 2013.
Menerusi akaun Instagram Yuna, penyanyi Malaysia terkenal yang menetap di Los Angeles ini telah pun mendedahkan kulit album terbaharunya yang dinamakan Rouge. Menurutnya, ia bakal berada di pasaran bermula 12 Julai nanti tetapi ia sudah dibuka untuk pre-order sekarang ini.