Teks : Razin Mohd
Mamonde menerokai satu bahan semula jadi yang mampu memberi keserian pada wajah juga melindungi kulit dari pencemaran menerusi Mamonde Red Energy Recovery Serum.
Antara faktor utama yang menjadikan kulit cepat berkedut dan kusam adalah berpunca dari gaya hidup dan bagaimana anda menjaganya. Selain pencemaran, tekanan yang dihadapi setiap hari turut memberi kesan buruk pada kulit dan begitu juga dengan kekurangan tidur atau rehat. Hal ini menjadikan kulit tampak letih, kusam lantas mempercepatkan kesan penuaan. Mamonde memahami gaya hidup wanita hari ini dan menemui satu solusi baharu yang mampu mengembalikan kondisi dan kesihatan kulit ke satu tahap yang optimal dengan satu serum serba merah yang berkuasa.
Setelah hampir 28 tahun mengkaji tentang bunga, Mamonde menemui satu komponen unik yang membantu bunga untuk mekar dan hidup lebih lama dari kebiasaan. Mengetahui keunikan itu, Mamonde kemudiannya mengambil ekstrak komponen tersebut dan dicuba ke atas kulit, sejak dari kajian itu ia kini jadi satu bahan utama buat serum berkuasa Red Energy Recovey Serum baharu yang berkesan memberi tenaga pada kulit agar tampil segar dan berseri sepanjang hari.
MANFAAT BUNGA DELIMA
Selain bahan aktif berkuasa, Red Energy Recovery Serum ini juga turut dirumus bersama bahan semula jadi bunga delima. Bunga delima adalah antara bunga istimewa yang bertukar menjadi buah dan tidak gugur, selain itu ia juga kaya dengan bahan polyphenol dan phytoestrogen, begitu juga vitamin B dan C. Istimewanya Polyphenol ini adalah ia melindungi tumbuhan dari sinaran UV berbahaya, tetapi buat kulit ia membekalkan bahan anti oksidan yang tinggi seterusnya memulih dan menghidupkan semula sel kulit wajah.
Red Energy Recovery Serum memberikan anda tiga hasil penggunaan yang berkesan, pertama menguatkan tahap lembapan kulit dan sistem pertahanannya, kedua merangsang tenaga kulit dengan mengembalikan kitaran perolehan sel kepada tahap normal seterusnya membaik pulih tekstur kulit dan ketiga memberi hasil kulit yang lembap dari dalam agar tampil lebih sihat, dewy dan lembut. Serum yang hadir tanpa bahan berunsur haiwan, pewarna tiruan, paraben dan mineral oil ini sesuai digunakan semua jenis kulit.