Memenangi katagori Syampu Pilihan (Untuk Rambut Rosak) buat Anugerah Cantik EH! tahun ini, Ryo mahu anda rasai sendiri keberkesanan cucian rambut yang bermanfaat dalam membaiki rambut rosak.
Jenama syampu penjagaan rambut Korea ini sudah terkenal dengan penggunaan bahan semula jadi dan tahun ini Ryo Damage Care Shampoo diangkat sebagai pemenang kerana keberkesanannya dalam merawat rambut rosak. Istimewa syampu khusus buat rambut rosak ini adalah pada rumusannya dalam menguatkan dan menyuburkan rambut dan bahagian akar hingga ke hujungnya melalui 100% minyak bunga kamelia yang dipetik dari pulau Jeju.
Bahan semula jadi ini juga menyalurkan manfaat baik bagi menyelesaikan masalah rambut bercabang dan membuatkan rambut makin bersinar. Selain itu ia juga turut dirumus bersama Omija dan buah delima yang memberi kelembapan seterusnya membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh rambut. Hasilnya rambut anda bakal tampil lebih lembut, sihat dan lebih mudah diurus.