Berpigmen dan kemas. koleksi ‘Iconic Lipstick’ dari NARS kekal dengan kualiti yang terbaik, biarpun sudah lama dipasaran, setiap calitan dari gincu yang diketengahkan tetap jadi gincu all time favorite!
Seperti yang diperkatakan oleh Francois Nars, “I Have a real love affair with lipstick’, gincu semestinya sudah jadi satu kunci untuk menyempurnakan solekan, biarpun wajah tampak polos bersama solekan natural, satu calitan gincu berwarna pasti buat keseluruhan wajah tampil lebih menonjol! Itulah makna calitan gincu yang ingin dibawa oleh NARS.
Bersempena International Lipstick Day 2019 yang baru sahaja berlalu beberapa hari lepas EH! bawakan Alicia Amin bersama hasil tangan juru solek Jane Richardson Global Artistry Director NARS dalam empat calitan paling ikonik yang pernah dihasilkan oleh NARS, antaranya Dolce Vita, Inappropriate Red, Impulse dan Schiap. Seperti yang dilihat, setiap calitan darinya memberi pesona dan karakter yang berbeza.
NO RULES . JUST LIPS
Tahun ini NARS meraikan ulang tahun ke 25, dengan itu jenama solekan besar ini mahu ketengahkan kesemua 72 warna baru dan lama yang tampil dalam kemasan yang berbeza-beza, dan 12 darinya merupakan warna yang paling menjadi kegemaran ramai (Original 12 Lipstick) datang dalam bekas serba merah.
60 barisan warna yang diketengahkan dari NARS tampil dengan beberapa kemasan berbeza antaranya pusam, satin dan sheer buat hasil solekan yang endless, NARS mahu anda gunakannya dengan bebas, cara tersendiri tanpa sebarang peraturan. 12 barisan gincu asli dalam bekas serba merah pula menampilan warna paling popular dan menjadi kegemaran ramai. Setiap darinya tampil dengan tekstur berpigmen, meluncur dengan kemas, ‘first of its kind. The last word on lipstick’.