Bergantung kepada sektor apa, dan tuntutan kerja kamu bagaimana. Setiap syarikat mempunyai garis panduan pakaian bagi setiap pekerjanya. Jika kamu bekerja berkaitan dengan media, sudah tentu pakaian kerja agak lebih bebas berbanding yang bekerja korporat memerlukan pakaian formal.
Penampilan yang menarik apabila bekerja membuatkan orang sekeliling terutamanya client akan berasa selesa untuk duduk semeja dengan kamu. Tetapi ada yang perlu diambil kira ketika bergaya ke pejabat.
Boleh…
Jika terdapat fesyen baru tak salah kamu nak mencuba untuk bergaya ke tempat kerja. Mana tahu boleh jadi ikon fesyen dalam kalangan rakan sekerja?
Gambar: www.shopbop.com
Mix and match pakaian harian dengan seluar atau skirt formal kamu. Contohnya seperti baju pagoda dipadankan dengan skirt pensel dan sarungkan jaket printed, kamu siap untuk ke pejabat.
Jangan sesekali…
Pakai blaus jarang tanpa singlet atau inner didalam! Takut kamu akan jadi perhatian seharian di pejabat dek kerana warna coli kamu yang menyala itu.
Gambar: www.miinto.co.uk
Cuba untuk pakai kasut tinggi melampau. Memang cantik bila digayakan, tapi kurang sesuai dipakai sekiranya kamu banyak berjalan keliling pejabat atau keluar.