Dior Backstage satu rangkaian yang dihasilkan Pengarah Kreatif Dior, Peter Philips untuk wanita yang inginkan kemudahan dalam bersolek! Apa yang menarik, hasil kemasan solekan yang dapat dikecapi dengan rangkaian ini adalah cukup sempurna malah seakan kemasan profesional. Dan jika anda inginkan wajah bak model, EH! hidangkan tiga item baru dari rangkaian Dior Backstage untuk anda terokai!
Dior Backstage Face & Body Glow
Hadir dengan warna yang serasi untuk semua ton kulit. Penyerlah untuk untuk wajah dan badan ini adalah rahsia buat semua Jurusolek Profesional untuk menghasilkan kulit wajah yang menyerlah sempurna, baik secara subtle atau lebih intense.
Tip Peter Philips
Titiskan pada jari kemudian oleskan pada bahagian yang anda ingin serlahkan atau sapu pada seluruh wajah dan badan untuk tampak lebih cerah dan menyerlah.
Dior Backstage Custom Eye Palette
Palet yang hadir dengan pelbagai tekstur dan fungsi. Punyai primer sebagai asas pembayang mata, tekstur kilau untuk kemasan bersinar dan gel lutsinar untuk menjadikan penggaris mata pelbagai rona! Semuanya dalam satu palet.
Tip Peter Philip
Sapukan ton pembayang mata yang diingini menggunakan berus pada kelopak mata. Sapu menggunakan jari untuk kemasan metalik yang lebih ketara. Kemudian oles gel yang disediakan untuk tekstur seakan penggaris mata. Untuk musim percutian ini mungkin boleh gayakan palet ini dengan lebih kreatif, campurkan semua ton untuk hasilkan solekan mata berkabut. Atau rias mata dengan kemasan emas dan tampil bold dengan garisan mata silver.
Dior Backstage Eyelash Curler
Miliki bulu mata lebat dan melentik hanya dalam satu langkah. Item wajib ada bagi setiap Jurusolek di belakang pentas peragaan. Ia direka khusus untuk pengguaan lebih mudah dan pantas. Tekanan pada pelentik bulu mata ini memastikan setiap helaian bulu mata dilentikkan sempurna.
Tip Peter Philips
Tekankan pelentik bulu mata ini dari pangkal bulu mata hingga ke hujung. Ulang beberapa kali sehingga mencapai lentikan yang diingini. Oleskan maskara kalis air untuk impak yang berpanjangan.