Ummi Nazeera nama yang tidak perlu dikenalkan lagi dalam dunia lakonan. Berpeluang mengadakan sesi pengambaran bersamanya cukup menyeronokkan. Seorang yang berani untuk mencuba solekan yang lain dari kebiasaan membuatkan proses penggambaran berjalan dengan lancar. Dibesarkan dengan cara yang tomboy, dia lebih menyukai permainan bola dan guli membuat dirinya tidak pernah terpikir akan dunia kecantikan. Menurut Ummi, dia pernah menangis apabila ibunya meminta dia mengenakan gaun. Tetapi lama-kelamaan dirinya mula tertarik dengan solekan disebabkan oleh abangnya banyak mengajarnya tentang dunia kecantikan dan apa yang sesuai untuk dipakai.
“Sekiranya anda mempunyai keyakinan diri ia akan nampak cantik. Sebagai contoh jika anda memakai sesuatu baju dan anda memiliki keyakinan untuk memakainya serta cara anda memperagakan baju tersebut ia akan menyerlahkan kecantikan anda. Selain itu hati juga kena baik. Semuanya tentang onfi dence within you!” – Ummi Nazeera
Penulis sempat bertanyakan rahsia cantiknya untuk kekal langsing selepas melahirkan cahaya mata. Menurut Ummi dia banyak mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersenam. Tambah Ummi, dia sangat beruntung kerana suaminya juga seorang yang gemar memakan makanan yang sihat atau clean food. Jadi tidak ada masalah dalam penyediaan makanan. Selain itu, Ummi juga melakukan senaman cardio sekurang-kurangnya satu atau dua kali seminggu. Paling menarik sekali Ummi juga sempat berkongsi cara uniknya untuk menguruskan badan jika dia tidak sempat ke gimnasium. Dia akan mencuba baju lamanya dan lihat sama ada masih muat atau tidak.
Bila menyentuh tentang penjagaan rambut, Ummi cuba elakkan memakai tudung ketika rambut masih basah. “Jangan terlalu kerap mengeringkan rambut dengan pengering rambut. Saya hanya akan mengeringkan kulit kepala saya sahaja. Jika terlalu kerap blow rambut, rambut akan cepat gugur.” Filem komedi menjadi pilihan Ummi ketika dirinya mengalami tekanan atau perasaan berasa down. “Saya akan menonton filem komedi untuk mengembalikan atau memulihkan mood saya. Selepas menonton saya rasa hidup lebih ceria, fun dan senang”. Tambah Ummi, dia akan memanjakan dirinya dengan melakukan rawatan kuku, rambut, wajah dan senaman bagi menangani tekanan.
CERITA CANTIK UMMI NAZEERA
Siapa idola cantik anda?
Ibu saya. Usianya 55 tahun dan dia masih kelihatan cantik. Dia seorang yang menjaga pemakanan dan penampilannya. Saya berharap saya akan menjadi seperti dia.
Maksud cantik bagi anda?
Its all about you! Sekiranya anda mempunyai keyakinan diri ia akan nampak cantik. Sebagai contoh jika anda memakai sesuatu baju dan anda memiliki keyakinan untuk memakainya serta cara anda memperagakan baju tersebut ia akan menyerlahkan kecantikan anda. Selain itu hati juga kena baik. Semuanya tentang onfi dence within you!
Apa yang dititikberatkan setiap kali bersolek?
Primer dan face mist. Saya mempunyai kulit yang kering. Pemakaian primer dan face mist sangat penting.
Penjagaan harian kulit wajah?
Saya tidak akan tidur dengan solekan. Selain itu, saya memakai pelembap dan krim tabir suria dan penyegar.
mengambil sebarang supplement tambahan?
Vitamin B komplek, kalsium, folik asid, Omega 3 dan Q 10. Semua vitamin tersebut untuk kesihatan dalaman, tenaga dan minda.
Tips tradisional yang anda pelajari dari ibu?
Untuk tubuh badan pemakaian korset. Selain itu jangan minum air sejuk atau air ais.
Penjagaan makanan anda?
Saya amalkan pengambilan makanan sihat. Saya elakkan mengambil makanan yang berminyak dan nasi.