Manisan dan rakyat Malaysia tidak boleh dipisahkan. Tidak kira minuman mahupun makanan, hidangan ini sentiasa menjadi kegilaan ramai. Jadi, sebelum tahun 2019 melabuhkan tirainya, EH! senaraikan lima pemanis mulut yang menjadi viral pada tahun ini.
Teh Boba (Bubble Tea)
Teh boba atau bubble tea adalah antara minuman yang menjadi kegilaan ramai. Di Malaysia sahaja sudah ada banyak jenama minuman boba yang boleh anda cuba. Antara tarikan yang membuatkan minuman ini popular adalah tapioka pearls atau mutiara tapioka yang diletakkan di dalam minuman teh susu itu.
Rollney
Bila cuaca panas, dapat makan aiskrim. Fuh, nikmatnya! Menariknya, di Rollney, tidak seperti aiskrim lain, ia dihidangkan dalam kek chimney. Memang lazat dan ia juga pasti akan buat koleksi foto Instagram anda lebih menarik.
Ais Kepal Milo
Manisan ini mula viral lepas salah satu kedai yang menjual hidangan ini mendapat liputan di Majalah 3. Menariknya mengenai hidangan ini adalah ia menggunakan 100 peratus milo asli. Milonya yang pekat dan manis pasti akan buat ramai terliur.
Teh Tarik Madu
Minuman ini tidak melibatkan boba tetapi ia masih popular seperti minuman teh boba. Teh tarik ini tidak sama seperti teh tarik biasa kerana ia menggunakan madu lebah asli dan susu tepung untuk menghasilkan buih yang banyak.
Mochi
Manisan comlel ini pasti akan menarik hati penggemar makanan manis. Kini, ia boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti rendang, sambal dan kari pasti akan buat anda kecur liur!