Sebelum tahun 2019 menutup tirai, dunia fesyen menerima satu khabar duka. Pereka fesyen terkenal kelahiran Perancis, Emanuel Ungaro, menghembuskan nafas terakhir dua hari di Paris pada usia pada usia 86 tahun. Pemergian Ungaro dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi @emanuelungaroparis pada Ahad.
Ungaro mengasaskan label fesyennya sendiri pada tahun 1965 selepas menjalani latihan dibawah seliaan Cristobal Balenciaga. Bagaimanapun pada tahun 2005, Ungaro menjual jenama fesyennya itu kepada usahawan internet Asim Abdullah dan ia dijual pada harga US$84 juta.
Sebaik Ungaro meninggalkan jenamanya itu, kerusi pengarah kreatif diambil alih oleh beberapa pereka termasuklah Esteban Cortazar. Empat tahun selepas penjualan syarikatnya itu, bintang kontroversi, Lindsay Lohan dilantik sebagai pengarah artistik dan Lohan meninggalkan label yang terkenal dengan himpunan warna-warna bold itu setahun kemudian.
Sejak menjual perniagaannya, kelibat Ungaro seakan lenyap terus dari radar dunia fesyen. Dia berkahwin dengan Laura Bernabei pada tahun 1988 dan dikurniakan seorang anak perempuan. Namun sehingga ke hari ini dia tidak berkongsi bilakah tarikh sebenar anaknya itu dilahirkan.
Selamat jalan Emanuel Ungaro.