Dunia hiburan penuh dengan kejutan. Baik yang berpacaran dengan pasangan yang tidak disangka-sangka, perpisahan atau perceraian dan begitu juga berita kematian yang tidak diduga. Some of them, gone too soon. EH! mengimbas kembali kematian selebriti Hollywood pada tahun 2019 yang masih mengejutkan peminat sehingga ke hari ini.
1. Karl Lagerfeld
Pereka fesyen ikonik yang berusia 85 tahun ini menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari. Berdasarkan laporan BBC News, pada malam sebelum pereka fesyen itu meninggal dunia, dia telah dimasukkan ke hospital.
Foto: Vogue
2. Luke Perry
Pelakon terkenal, Luke Perry meninggal dunia pada 4 Mac selepas dimasukkan ke hospital pada 1 Mac 2019. Dia berusia 52 tahun. Luke Perry pernah mencetus fenomena menerusi siri tv popular tahun 90-an, Beverly Hills 90210.
Foto: nbcnews.com
3. Juice WRLD
Penyanyi rap berusia 21 tahun ini meninggal dunia pada 8 Disember, enam hari selepas ulang tahun kelahirannya. Dia dikatakan sedang merana kondisi perubatan yang tidak diketahui sebaik saja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Midway Chicago dan meninggal dunia di sebuah hospital berdekatan kemudiannya.
Foto: forbes.com
4. Marie Fredricksson
Penyanyi kumpulan duo, Roxette, Marie Fredriksson yang berusia 61 tahun telah meninggal dunia pada 9 Disember. Dia telah bertarung dengan kanser selama 17 tahun. Antara lagu popularnya yang terus didengari sehingga ke hari ini ialah ‘It Must Have Been Love’, yang juga merupakan soundtrack filem romantik komedi ikonik, ‘Pretty Woman’.
Foto: cnn.com
5. Cameron Boyce
Punca kematian pelakon muda ini dilaporkan kerana sawan ketika tidur. Ramai peminat tidak menyangka Cameron akan pergi secepat ini kerana dia masih muda dan sangat berbakat dalam lakonan. ANtara debut awal Cameron dalam dunia hiburan ialah kemunculannya di dalam video muzik Panic! at the Disco.
Foto: Pinterest