Dengan kekangan masa mungkin agak sukar untuk anda melakukan senaman dengan kerap dan sekali gus menurunkan berat badan. Tetapi bagaimana jika ada cara untuk dapatkan berat badan yang ideal tanpa melakukan senaman? Dengan tiga cara mudah yang EH! kongsikan ini, anda tidak perlu melakukan senaman mahupun berlapar sepanjang hari.
Bagaimanapun, harus diingati jika punya waktu lapang, lakukan senaman untuk pastikan tubuh sentiasa aktif.
Senaman Pernafasan
Senaman pernafasan ini memerlukan anda untuk bernafas menggunakan perut. Senaman ini dapat membantu untuk mendapatkan pinggang yang ramping dan juga menguatkan otot abdomen.
Mandi Dengan Air Panas dan Sejuk Secara Bergilir
Cuba mandi dengan menukarkan suhu kepada sejuk ke panas dan lakukannya dengan kerap. Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan berlebihan tetapi juga mengelakkan penyakit seperti aritmia, obesiti, hipertensi, selulit dan melancarkan fungsi vegetovaskular.
Berurut
Urutan terbaik untuk melawan lemak berlebihan adalah bekam. Urutan jenis ini dapat membantu memecahkan lebih lemak dan meningkatkan peredaran darah di bahagian abdomen. Ia boleh dilakukan di rumah atau di salon khas dan harus dilakukan secara sistematik dan mengikut kitaran.