Putera Harry dan isterinya Meghan Markle mengumumkan satu berita yang cukup mengejutkan. Berita yang dikongsi menerusi akauan Instagram rasmi @sussexroyal mereka mengumunkan akan berundur dari menjadi ‘senior royals’ dan akan meneruskan kehidupan mereka sendiri termasuk menampung perbelanjaan kehidupan mereka sendiri. Harry dan Meghan berkahwin pada tahun 19 Mei 2018 yang membawa kepada gelaran The Duke and Duchess of Sussex.
Menurut portal berita BBC pula, berita ini mengejutkan kerabat di-raja Britain termasuklah Permaisuri Britain juga Putera William kerana mereka tidak dimalumkan terlebih dahulu akan keputusan Harry dan Meghan tersebut.
Berita pengunduran ini mungkin ada berkaitan dengan pengakuan Harry dan Meghan yang mengeluh tentang kepayahan mereka berhadapan dengan tumpuan media. Berdasarkan pengumuman mereka di Instagram juga mereka menyebut keputusan ini dibuat selepas berbincang dan mengkaji hal ini dalam beberapa bulan sebelum ini.
“We intend to step back as ‘senior’ members of the Royal Family and work to become financially independent, while continuing to fully support Her Majesty The Queen,” tulis mereka di Instagram.
Dengan keputusan ini, Harry dan Meghan khabarny akan membahagikan masa menetap di United Kingdom dan Utara Amerika.
Menurut kenyataan mereka di Instagram lagi, pengunduran ini akan memberi keseimbangan bagi mereka dalam membesarkan anak lelaki mereka (Archie Harrison Mountbatten-Windsor) antara tradisi keluarga di-raja juga memberi ruang untuk mereka ke peringkat seterusnya. Mereka juga akan mengumumkan satu badan khidmat masyarakat baru sedikit masa lagi.