Armani Prive mementaskan himpunan adi busananya di Paris kelamrin, dan pereka legenda Itali ini mengetengahkan elemen ikat sebagai subjek utama kali ini. Ikat, paten tekstil memang terkenald alam sejarah tekstil mula menyelusuri dunia fesyen pada era 1960-an. Melengkapkan pementasan himpunan ini tentunya gaya solekan yang disempurnakan oleh linda Cantello, jurusolek antarabangsa Giorgio Armani.
“Saya bermain dengan palet neutral untuk disesuaikan dengan helaian-helaian yang berwarna-warni dalam koleksi ini,” jelas Linda. Dia menyuntik gincu merah jambu neon pada bibir untuk mencipta dimensi pada solekan yang serba-serbi polos.
Langkah 1
Linda menyediakan kulit model dengan sapuan Armani Prima Glow-On Moisturising Balm dan menyempurnakan asas solekan dengan High Precision Retouch. Dia mencipta kontur dengan mencalit Neo nude A-Contour dalam kod #21 pada bawah tulang pipi.
Langkah 2
Dia mengoles Eye Tint kon #23 ‘Camel Smoke’ pada kelopak mata dan menyapu bulu mata dengan Eyes To Kill Classico dalam warna hitam.
Langkah 3
Linda mencalit Lip Maestro dalam kod #513 yakni warna ‘Rose’ dan memperkemaskannya dengan calitan Lip Magnet dalam kod #515 ‘Pink’ pada tengah-tengah bibir untuk mencipta efek tiga dimensi.