Haruman ikonik dunia, Chanel N°5 kini mempunyai bintang barunya. Chanel hari ini mengumumkan perlantikan aktres terkenal, Marion Cotillard sebagai wajah kempen haruman yang sarat dengan kuntuman melati dari Grasse sebagai intipati utamanya ini.
Marion Cotillard adalah aktres Perancis pertama yang terkenal di Hollywood yang disunting sebagai bintang rasmi haruman terkenal ini. Marion Cotillard sememangnya sinonim dengan rumah fesyen Paris ini sejak awal kemunculannya. Sudah kerap kali tubuhnya berbalut helaian Chanel saat melangkah ke karpet merah antaranya ke Jean-Pierre Jeunet film A Very Long Engagement (2004) dan Olivier Dahan’s La Vie en rose (2008).
Kempen rasmi untuk Chanel N°5 akan didedahkan penghujung tahun nanti. Chanel N°5 mula diperkenalkan pada tahun 1921.