Berita kematian Ashraf Sinclair akibat serangan jantung amat mengejutkan. Ternyata penyakit jantung tidak mengenal usia. Jadi, amat penting untuk anda ketahui risiko dan amalkan gaya hidup sihat dari awal untuk elakkan sakit jantung.
EH! kongsikan tip untuk elakkan sakit jantung yang boleh anda cuba.
Buat Pemeriksaan Kesihatan
Buat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua hingga tiga tahun sekali. Walaupun kesihatan anda baik, tidak salah jika buat pemeriksaan untuk elakkan perkara yang tidak diingini.
Ketahui Faktor Risiko
Penting sekali untuk anda kenal pasti faktor risiko sakit jantung seperti yang di bawah. Jika anda berisiko tinggi, berhati-hati, amalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa pantau kesihatan.
Kawal Berat Badan
Kegemukan dan obesiti adalah punca kepada kebanyakan penyakit yang merbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan banyak lagi. Jadi, anda perlu kekalkan berat badan ideal untuk elakkan penyakit merbahaya ini.
Diet Yang Sihat
Diet yang sihat juga amat penting untuk elakkan serangan jantung. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam dan berkarbohidrat tinggi seperti nasi. Diet yang sihat adalah seperti piramid makanan yang disyorkan.
Berhenti Merokok
Bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan anda, keluarga juga akan jadi lebih sihat jika anda berhenti merokok. Mungkin sukar untuk berhenti merokok tetapi ia tidak mustahil.
Bersenam
Antara tip penting yang bukan sahaja mengelakkan serangan jantung bahkan mengurangkan risiko penyakit merbahaya yang lain. Jika anda bekerja di pejabat, jangan asyik duduk sahaja, cuba bangun setiap 30 minit dan berjalan sedikit sebelum menyambung kerja.
Belajar CPR
Tidak salah jika anda belajar untuk melakukan pernafasan mulut ke mulut atau CPR. Ia berguna untuk menyelamatkan nyawa orang yang memerlukan.
Faktor Risiko Sakit Jantung
- Sejarah keluarga
- Lelaki lebih berisiko untuk terkena serangan jantung berbanding perempuan.
- Semakin anda berusia, semakin meningkat risiko untuk terkena serangan jantung.
- Diabetes
- Tidak Aktif
- Tekanan darah tinggi/hipertensi
- Merokok
- Stres