Melihat video ucapan ayah kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Mohamed Anthony John Sinclair usai sempurnanya acara pengebumian anaknya itu di media sosial benar-benar menyentuh hati.
Dalam ucapannya itu, mewakili keluarganya, Mohammed berterima kasih kepada semua yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada anaknya itu yang meninggal dunia jam empat pagi semalam.
“Terima kasih buat kalian semua yang hadir, begitu banyak orang di sini. Bunga (BCL) terima kasih telah mencintai anak saya, kamu adalah wanita yang hebat” ucap ayah Ashraf disambut dengan esakan Bunga lalu dia dipeluk oleh cucunya, Noah. Allahyarham Ashraf Sinclair dikebumikan di Sandiego Hills, Jakarta petang semalam.
Dalam pada itu ramai juga rakan selebriti yang memuat naik ucapan takziah. antara yang menulis ucapan juga penghargaan buat Ashraf ialah heroinnya dalam filem Gol & Gincu, Nur Fazura. Begitu juga dengan rakan seindustri di Indonesia, Baim Wong. kedua-duanya berkongsi nukilan cukup panjang dan menyentuh hati.
1 comment
Great content! Super high-quality! Keep it up! 🙂