EH! dan Chanel mengajak bintang media sosial dan hos TV, Yaya Zahir mengambil angin di sekitar kesibukan Bukit Bintang bulan lalu, dan kami rakamkan aksinya melangkah penuh yakin sambil mengamati kembara cahaya lewat petang itu bawa ke malam. Langit nan cerah perlahan-lahan bertukar jingga membuatkan kami larut dengan suasana senja itu, tanpa sedar bertukar kelam, samalah sebagaimana asyiknya kami dengan aroma Gabrielle Chanel Essence yang mengiringi tiap langkah Yaya petang itu. Ikuti temubual kami bersama Yaya, semuanya tentang haruman.
Apakah haruman pertama Yaya?
Seingat Yaya minyak wangi pertama yang Yaya beli sendiri ketika umur 13 tahun, beli di farmasi; minyak wangi yang remaja sebaya Yaya suka guna ketika itu.
Berapa kerap Yaya bertukar haruman?
Buat masa sekarang boleh dikatakan setiap hari Yaya akan bertukar-tukar haruman, bergantung pada mood.
Jenis haruman kesukaan Yaya?
Yaya suka bau yang tidak terlalu kuat, lebih cenderung memilih aroma yang ringan. Kegemaran Yaya selalunya bau bunga-bungaan dan buah-buahan.
Pendapat Yaya tentang Gabrielle Chanel Essence?
Apa yang Yaya suka tentang Gabrielle Chanel Essence ialah mesej yang ingin disampaikan menerusi haruman ini. Chanel mahu kita menjadi diri kita sendiri dan bangga serta yakin dengan diri kita. Yaya sangat sukakan baunya. Aromanya sultry, seksi dan baunya seperti bau wanita yang full of confidence.
Bagaimana haruman boleh meningkatkan keyakinan seseorang?
Setiap hari bila keluar rumah bila kita sudah siap bersolek, mendandan rambut dan menyarung pakaian, semuanya akan lengkap bila kita menyembur haruman. Bila kita dah pakai perfume ia seakan signal “okay I’m ready to go”. Setiap bau pula akan beri kita mood tertentu dan ia juga boleh menghidupkan memori lama. Pada Yaya haruman adalah satu pelengkap harian yang menambah keyakinan diri.
Bagaimana cara Yaya memakai haruman?
Biasanya Yaya akan semburkan pada bahu dan juga pergelangan tangan, dan kemudian Yaya akan gosok-gosokkannya.
Setuju atau tidak bahawa haruman adalah salah satu cara untuk kita mengenali personaliti seseorang?
Setiap haruman itu ada perwatakannya sendiri dan setiap orang ada karakter mereka tersendiri. Contohnya bila saya bertemu dengan Scha Alyahya, dan saya ingat bau haruman yang dia pakai. In the future bila ada sesiapa yang lalu di hadapan saya dan baunya seakan sama, secara tak langsung ia akan mengingatkan Yaya kepada Scha, terbayangkan personalitinya. Sesetengah orang suka bau yang feminin, yang ala Parisian dan fruity misalnya, dan bau-bau ini akan mengingatkan kita kepada karakter seseorang.
Boleh kongsikan pengalaman yang tidak dapat Yaya lupakan yang berkaitan dengan haruman?
Pastinya bila Yaya dapat berkolaborasi dengan jenama haruman terkenal. Contohnya peluang untuk rakaman video bersama Chanel dan EH! Bagi Yaya peluang ini sangat bermakna. Oh ya, tidak lupa minyak wangi untuk hantaran di majlis pernikahan Yaya tahun lalu.
Untuk mengenali lebih dekat tentang haruman Gabrielle Chanel Essence, sila klik di sini!