Meghan Markle dan Prince Harry telah pun memulakan kehidupan baru di Kanada. Sejak mereka mengumumkan bahawa mereka mahu mengundurkan diri daripada tugasan di-raja, kecaman yang diterima Meghan semakin banyak.
Foto: The Sun
Sepanjang Meghan menjalankan tugasan di-raja, dia terpaksa berdepan dengan tabloid yang tidak adil, racist dan negatif tentang dirinya hampir setiap hari (lihat saja kisah yang ditulis tentang dia for no reason at all.) Sehinggakan, dia pernah memberitahu seorang wartawan yang dia berasa sangat “vulnerable” berdepan dengan semua ini.
Satu laporan baru daripada Us Weekly mendedahkan kisah yang lagi menyedihkan mengenai kehidupan Meghan sebagai kerabat. Berdasarkan sumber majalah itu, Meghan tidak mahu keluar daripada rumah kerana khuatir akan mendapat lebih banyak berita negatif daripada wartawan. Mereka berkata dia “felt trapped and claustrophobic” dan menderita daripada serangan panik kerana tekanan yang dialami.
ITV's @tombradby spoke to Meghan as he gained exclusive access to the royal couple as they toured Africa for 10 days with their son Archie.
The documentary, Harry & Meghan: An African Journey, airs on Sunday at 9pm on @ITV #HarryandMeghan https://t.co/Uy21iE6ozJ pic.twitter.com/XYlHVytiHF
— ITV News (@itvnews) October 18, 2019
Sejak berpindah ke Kanada, Meghan kini merasa lebih tenang. Sumber tersebut menambah, “Meghan sangat gembira dapat melarikan diri dari negativiti yang ada di London. Dia merasa seperti orang baru.” Meghan juga dilaporkan gembira kerana tidak perlu lagi mematuhi protokol diraja yang sudah ketinggalan zaman itu.
“Meghan boleh keluar dengan hanya memakai seluar yoga dan tidak dikritik kerana tidak mematuhi dress code. Dia merasa lebih relaks dan suka berjalan dengan wajah segar tanpa sebarang mekap,” tambah mereka.
Nampak gayanya keputusan Meghan dan Harry untuk berpindah ke Kanada adalah tepat kerana mereka kini lebih gembira, mental dan fizikal.