Heroin filem Pulang, Puteri Aishah disahkan positif Covid-19 hari ini. Perkhabaran ini dikongsikan sendiri oleh pengurusnya, Iman Tang dalam satu muat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.
Tulisnya “ Assalamualaikum Warahmathullahi Wabarakathuhu..Salam Mahgrib. She just tested POSITIVE for COVID19 an hour ago..?. Please pray for her, Please DOA kan dia supaya cepat sembuh… STAY STRONG PUTERI”
Semalam pula Puteri Aishah ada memuat naik satu posting yang bertulis “Worries Change Nothing But Duas Do”, dan posting itu hari ini menerima banyak komen daripada rakan selebriti serta peminat yang mendoakan dia cepat sembuh.
Antara yang meninggalkan komen ialah Lisa Surihani yang menulis, “Just heard the news.. Bismillahirrahmanirrahim. Syafakillah buat mu dear Adik. May Allah ease your recovery and may you get back to the pink of health sooner than later. In shaa Allah Amin.
Raysha Rizrose turut memberikan kata-kata semangat buat temannya itu, ” I know you’re strong babe. You’re gonna fight this. Love you!! “
Menurut satu berita di Berita Harian, Puteri Aishah antara 18 krew yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland bulan lalu.