Duduk di rumah sepanjang PKP bukan alasan untuk anda tidak aktif dan melakukan senaman ringan. Selain daripada menyihatkan tubuh, ia juga baik untuk kesihatan mental dan memberikan semangat kepada anda.
Dengan melakukan aktiviti fizikal juga membantu memperbaiki rutin tidur yang memang penting untuk kesihatan yang baik. Jadi, daripada anda tidak melakukan apa-apa di rumah, adalah lebih baik jika lakukan aktiviti ringan di kawasan sekitar rumah.
World Health Organization atau WHO menyarankan untuk semua orang dewasa untuk melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit sehari dan kanak-kanak pula harus melakukan aktiviti selama sejam sehari. Sepanjang bulan Ramadan ini, elakkan daripada melakukan senaman berat sebaliknya cuba senaman regangan yang mudah.
Berikut adalah cara untuk anda sentiasa kekal aktif walaupun berada di rumah:
- Daftar kelas senaman secara atas talian
- Menari
- Main permainan video yang memerlukan anda bergerak
- Lompat Tali
- Lakukan senaan untuk kuatkan otot dan latihan keseimbangan
- Naik turun tangga dan jika tidak punya tangga, gantikan dengan bangku
- Lakukan senaman rengangan
- Boleh cari idea senaman lain secara online
Atasi cabaran bekerja dari rumah dengan cara yang mudah ini:
- Periksa postur duduk dengan kerap
- Jangan asyik duduk sahaja. Pastikan anda bangun dan lakukan senaman rengangan atau berjalan agar anda rasa segar ketika bekerja.