Ramai yang tertanya apa yang dilakukan oleh selebriti, apa rejim cantik mereka, produk apa yang mereka pakai untuk kekal cantik. EH! kongsikan bersama anda rutin cantik selebriti dan mungkin anda boleh mencubanya juga.
Marsha
Tips kecantikan yang pernah anda cuba dan ia berkesan?
Saya pernah buat sendiri pupur wajah dengan menggunakan yogurt dan timun.
Yasmin Hani
Senaman Kegemaran Anda?
Saya suka lakukan senaman boxing dan HIIT
(High-intensity interval training).
Cik Manggis
Bagaimana anda menjaga kulit wajah anda?
Rutin saya hanyalah memakai skincare yang sesuai. Saya mengambil berat tentang penggunaan esen selepas toner untuk melindungi kulit daripada pencemaran, lebih-lebih lagi apabila di luar. Saya juga akan sentiasa memastikan muka dicuci bersih daripada mekap sebelum tidur malam.
Zarazya
Berapa kerap anda melakukan rawatan profesional (facial)?
Sebulan sekali. Saya selalu memakai solekan jadi liang pori wajah senang tersumbat jadi saya akan pastikan sebulan sekali saya melakukan rawatan wajah profesional bagi membersihkan segala kotoran yang terdapat pada wajah.
Ning Baizura
Kongsikan penjagaan wajah siang & malam anda?
Saya amalkan banyak minum air alkali dan menggunakan produk organik. Saya seorang yang ringkas dalam penjagaan wajah. Seperti biasa saya akan mencuci wajah, kemudian memakai penyegar wajah, serum vitamin C, pelembap dan krim tabir suria. Bagi malam pula rutin yang sama cuma saya akan tambah pemakaian pupur wajah selepas mencuci wajah.