Menurut Google, antara soalan berkaitan kecantikan yang berada di tangga tertinggi dalam carta carian mereka ialah tentang resolusi masalah kulit kering. Melihatkan hal ini secara tidak langsung kita Boleh tahu bahawa masalah kulit kering adalah masalah normal bagi semua orang di seluruh dunia selain masalah kulit berjerawat. Masalah kulit kering ini berlaku atas banyak faktor, ia berkait rapat dengan gaya hidup, habit, apa yang kita makan dan juga cara kita menjaga kulit. Tidak cukup minum air pun boleh buat kulit kering. Di sini EH! kongsikan empat cara asas menangani masalah ini.
Pupur Muka
Rajin-rajinkan diri memakai pupur muka. Tidak kisah sama ada yang dalam bentuk topeng, krim ataupun oxygen bubble mask. Pupur pula macam-macam fokusnya, ada yang mencerah, melembap, mengurangkan tanda penuaan, menyingkirkan kulit mati, memudar tompok hitam, merawat jerawat dan macam-macam lagi. Dan biasanya sesetengah pupur menggabungkan pelbagai fungsi dan rata-ratanya baik dalam menghidratkan kulit. seminggu dua kali sudah cukup. Jika kulit dalam keadaan teramat kering, elok digunakan setiap hari dalam tempoh beberapa hari atau seminggu.
Saranan EH! : SK-II Facial Treatment Mask RM372
Gunakan Minyak Muka
Ada sesetengah orang gerun bila mendengar menyapu minyak pada muka. Sesetengah bimbang jika kulit jadi berminyak tambahan kita berada di Malaysia yang cuacanya panas lembap, Boleh jadi kulit muka berminyak-minyak. Usah takut, minyak sebenarnya cukup berkesan dalam melembapkan muka. Bagi yang berusia 30 tahun ke atas disarankan menggunakan minyak kerana kulit secara semula jadinya memang akan kekurangan lembapan pabila usia bertambah. Pilih minyak muka yang bertekstur ringan. Jika takut, boleh campurkan setitis dua dalam pelembap muka anda.
Saranan EH! L’Occitane-Immortelle Reset Overnight Reset Oil-In-Serum (30ml) RM269
Sembur Face Mist
Jika keluar ke mana-mana, pastikan anda bawa bersama penyembur muka dalam saiz kembara di dalam beg anda. Bila-bila kulit terasa kering semburkan sahaja pada muka. Selain melembapkan kulit ia juga membantu membuat solekan tampak segar dan tahan lebih lama.
Saranan EH!: Caudalie Beauty Elixir (30ml) RM69
Patuh Memakai Pelembap & Serum
Sudah namanya mahu melembapkan kulit, kenalah pakai pelembap dan serum muka. Pilih yang bertindak untuk menghidrat, dan jika sudah berusia boleh terus sahaja guna yang anti-penuaan kerana baisanya masalah penuaan memang bersangkut-paut dengan masalah kulit kering.
Saranan EH!: Water Bank Moisture Cream EX RM155