“Kehidupan semakin sibuk, tapi solekan tak semestinya pun begitu,” kata Taylor, pengasas bersama label kosmetik terkenal Nudestix. Berpandukan kehidupannya yang sentiasa sibuk ke sana sini, dia terinspirasi mahu menghasilkan koleksi ringkas tapi lengkap untuk solekan dari pagi ke petang.
“Saya lengkapkan koleksi ini dengan enam item yang boleh menyempurnakan solekan ke pejabat dan boleh ditambah-tambah untuk ke acara petang, majlis koktel misalnya,” kongsinya. Kata Taylor dia sukakan solekan yang bersahaja tapi ada serinya. Dia melengkapkan kit koleksi ini dengan ton merah samar, keemasan untuk bibir dan riasan mata.
Jadi apa yang ada dalam himpunan ini? Antaranya ialah Magnetic Nude Glimmers | 24K Goddess, stik solekan keemasan yang mencipta wajah berseri-seri yakni sebagai highlighter untuk kesan mekap dewy. Sapukan pada bawah kening, tulang pipi, sudut mata atau atas bibir agar muka berdimensi saat terkena pancaran matahari ataupun lampu.
Turut ada ialah Intense Matte Lip, Fringeyang mana gincu dalam ton coklat dengan percikan ton jingga ini menghasilkan sapuan gincu pusam namun tak kelihatan kering. Boleh juga dijadikan sebagai pensel bibir atau pun pemerah pipi. Senang kan?
Apa lagi yang ada di dalam kit ini? Magnetic Plush Paint | Saint Tropez, Magnetic Luminous Eye | Rustique & Immortal dan juga Gel Color Lip | Tay Tay iaitu pemerah Pipi Dalam tekstur gel yang melembapkan kulit dan bibir. Usah bimbang, ia tak melekit.