Ahad lepas, berlangsungnya penganjuran acara People’s Choice Awards 2020. Beberapa nama besar dilaporkan hadir untuk menerima pengiktirafan. Tak kurang juga yang muncul dalam pilihan gaya tersendiri ketika berjalan atas karpet merah sebagai tanda sokongan mereka kepada acara seni tersebut.
Bintang terkenal K-pop BTS meraih empat kemenangan di People’s Choice Awards 2020. Kumpulan itu memenangi kategori Kumpulan 2020, Lagu 2020, Album 2020 dan Muzik Video 2020 pada acara tahunan itu, yang diadakan secara dalam talian, berikutan pandemik yang sedang melanda dunia.
Hampanya saya, fesyen karpet merah di People’s Choice Awards 2020 kurang menyerlah dan selayaknya dianggap hambar. Seakan tiada ‘effort’ dalam pemilihan gaya oleh selebriti-selebriti yang hadir.
Majoritinya hadir dalam gaya ‘selamat’ dan memilih untuk menyarung rekaan yang tersangatlah ‘biasa’, evening gown yang tipikal, langsung tidak punya impak.
Apa yang saya saksikan, warna merah mendominasi hebat fesyen karpet merah di People’s Choice Awards 2020. Lebih kurang lima selebriti wanita, termasuklah nama-nama besar seperti Jennifer Lopez dan Demi Lovato yang menyarung rekaan warna merah sebagai penegasan gaya.
Bezanya stail mereka hanyalah reka bentuk rekaan dan pemilihan fabrik. Pun begitu, Jennifer Lopez wore the perfect red on that night. She was the best dressed that night. Jennifer hadir ke acara tersebut untuk menerima trofi People’s ICON of 2019. Syabas Jlo!
Penyanyi dan pelakon tersebut, menggayakan ‘mini dress’ merah ilham pereka fesyen Amerika, Christian Siriano yang disertakan ‘bubble hem’ pada bahagian bawah. Manakala, siluet cape meliputi bahagian atas. Chic, moden dan Jennifer Lopez tampak muda pada petang itu.
Demi Lovato pula tampil dalam jumpsuit berlabuci merah ala retro, menggamit memori fesyen masa lalu. One of the best red looks too.
Penyanyi masa kini, Bebe Rexha pula, tampil unik dengan memilih rambut warna merah sebagai tunjang utama pabila berjalan atas karpet merah People’s Choice Awards 2020. Dipadankan dengan ‘little black dress’ mengikut tubuh, ciptaan Dsquared2. Bebe sempat berkongsi khabar baharunya iaitu bakal membintangi filem tidak lama lagi.
Jom imbas penampilan selebriti-selebriti dalam balutan warna merah di People’s Choice Awards 2020.
Gambar: sumber Google