Mulberry bersepakat mengembalikan tas ikonik, the Alexa sempena meraikan ulang tahun ke-50 jenama perdana tersebut. Welcome back the Alexa!
Dedikasi generasi baru, siluet asal the Alexa dikekalkan, namun diperbaharui menerusi pertukangan, pemilihan material dan yang lebih mengujakan, rangkaian warna dan saiz yang ditawarkan.
Peka kepada permintaan generasi fesyen masa kini, the Alexa edisi 2020, pertama kali diperkenalkan pada 2009, menggarap identiti ikon fesyen, Alexa Chung sebagai inspirasi ciptaan. The ‘IT’ Bag-The Alexa meraih populariti sejak ia merupakan aksesori kegemaran Alexa Chung sewaktu berfesyen. Seringnya, Alexa Chung dirakam menjinjing the Alexa dengan cara tersendiri, bersuai padan dengan helaian-helaian kasual.
Jiwa bebas Alexa Chung membentuk inspirasi the Alexa, yang mana keyakinan dan ‘timeless style’ nya disunting cemerlang. Aksesori signature Mulberry’s Postman’s Lock disertakan pada setiap rekaan. Ditampilkan pada permukaan depan beg. Lalu bertindak sebagai penegasan gaya.
Pasukan kreatif Mulberry terinspirasi mencipta the Alexa bernada lebih relaks, moden dan siluet ‘traditionally formal’. Pelancaran semula the Alexa mendefinisikan stail baru, yang mana turut memegang komitment pada penginovasian mesra alam.
Warna yang terkandung punya banyak pilihan. Neon Pink, Neon Yellow, palet warna signature Mulberry, seperti hitam, Mulberry Green dan Deep Amber antara yang patut difokuskan.
Terpulang kepada si pemakai untuk bercanda dengan the Alexa. Boleh jadi ia dipakai sewaktu pasca-pandemik, contohnya untuk ke acara sosial, berlibur bersama teman, menghadiri kerja dan seumpamanya. Pendek kata, koleksi ini disesuaikan dengan senario manusia masa kini. Dan bertepatan di suai dengan apa jua keadaan dan stail peribadi.
Artikel berkaitan: Beg baru ilham Longchamp