Nampaknya semua perancangan untuk akhir tahun ini perlu diubah! Sudah menjadi norma baru untuk habiskan masa di rumah sahaja. makanya, Parti akhir tahun juga bakal berlangsung di rumah ada. Tanpa perlu passport atau tempahan hotel di tepi pantai, kerana kediamanmu adalah lokasi terbaik untuk sambutan akhir tahun.
Will Beedle selaku Pengarah Kreatif buat Allsaints mahukan ceraian yang boleh dipakai sepanjang tahun, tidak kira acara mahu pun musim yang berlainan. Fokusnya adalah untuk memudahkan gerobok untuk tampil lebih versatil. Juga mainann siluet dan rekaan kali ini juga sesuai untuk semua karakter.
Allsaints melalui koleksi hujung tahun ini mahu kita berubah cara dalam menjalani kehidupan dan cara kita berkerja. Tentu sekali perlu ada cara baru untuk kita parti. Jangan jadikan dilema sekarang buat anda berhenti untuk menikmati kehidupan. Pelacaran ceraian koleksi ini juga memudahkan stail dari siang boleh bawa ke malam hari. Duduk parti di rumah juga tidak semestinya dalam helaian baju tidur! rancakkan gaya bersama pilihan seperti celana kulit, jaket berbulu harimau bintang serta dress singkat tambah rasa seksi.
Ini pula adalah antara aksesori pelangkap gaya anda parti di kediaman cadangan EH!