Grammys mengumumkan senarai penuh nominasi untuk Grammys 2021 yang bakal berlangsung pada Februari 2021. Dua Lipa antara penyanyi wanita yang mendapat paling banyak pencalonan. Ternyata, kerja kerasnya dalam menghasilkan album “Future Nostalgia” membuahkan hasil. Daripada album itu, dia telah melancarkan empat single utama, seperti “Don’t Start Now”, “Physical” dan single tambahan lain, hasil kerjasama dengan penyanyi lain. Miley Cyrus antaranya.
Tentang fesyen pula, Dua Lipa Semakin menyerlah dalam setiap penampilannya sepanjang promo album “Future Nostalgia”. Sejak kebelakangan ini, Dua Lipa disaksikan kerap memakai rekaan Versace. Penata gayanya, Lorenzo Posocco selalu mendapatkan ‘look’ eksklusif Versace untuk Dua Lipa sekiranya dia menghadiri acara-acara besar. Di Grammys 2018, Dua Lipa juga memilih untuk memakai rekaan Versace sewaktu berjalan di atas karpet merah.
Dan yang terbaru, sempena anjuran 2020 American Music Awards, penyanyi ini cukup setia dengan Versace. Yang mana, terdapat dua rekaan berbeza-beza yang dipilihLipa ke acara tersebut.
Persembahanbya bersiaran secara langsung dari Royal Albert Hall, London akibat kemelut pandemik. Gadis usia25 tahun ini memilih custom mini dress Atelier Versace yang diperbuat daripada kristal mesh Swarovski dalam warna biru turquoise untuk persembahan tersebut. Dipadankan dengan but tinggi paras lutut ilham Swarovski. Penari-penari yang mengiringi persembahan “Levitating” itu, turut dipakaikan Versace dalam nafas klasik warna biru turquoise.
Sewaktu berjalan di atas karpet merah, Lipa memukau dalam persalinan Versace yang mengikut tubuh dan skirt pendek paras paha. Menonjolkan imej seksinya. Rekaan tersebut diambil dari gerobok Versace musim bunga/panas 2021. Corak ikonik Tresor de la Mer menghiasi pada permukaan hadapan dress.
Artikel berkaitan: Versace Berkolaborasi Dengan Zayn Malik