Mendiang Karl Lagerfeld cukup cintakan abad ke-18 dan menjadikan Marie Antoinette sebagai inspirasi fesyennya. Lalu, pasukan di KARL LAGERFELD mahu meraikan wanita dan abad itu dalam citarasa kotemporari. Mereka menggabungkan siluet yang dipinjam daripada gerobok Antoinette bersama rekaan moden era 90-an. Terhimpun satu gerobok fesyen yang kontemporari berserta unsur klasik. Uniknya, ia mampu melengkapkan setiap karakter wanita bairpun hadir dari mana zaman sekalipun.
Menyelusuri tema Marie Antoinette, KARL LAGERFELD menjulang gaya korset yang cukup dekat dengan permaisuri Perancis itu. Ditambah pula potongan peplum pada baju serta hujung kain pula dihiasi ropol mengembalikan trend abad ke-18. Untuk memodenkan gaya, KARL LAGERFELD memadukan stail power dressing seperti padanan sut. Look clean ini diteruskan bagi merai DNA yang telah disemadikan oleh mendiang Karl Lagerfeld.
Selain kisah gaya permaisuri Perancis, KARL LAGERFELD juga cuba memasukkan elemen stail milik Amadeus Mozart. Muziknya yang sering memenuhi acara gla era itu menjadi penarik gaya untuk koleksi musim luruh ini. Ceraian malam dihasilkan dengan fabrik mewah juga perincian manik yang sarat. Jika terbang ke London pula, KARL LAGERFELD jatuh hati pada koleksi gaya Ratu Anne bersama dayangnya Sarah Churchill. Ada helaian yang memberi penegasan pada bahu juga ptongan lengan besar. Kot pula hadir dalam siluet cocoon juga poncho moden.
Pautan Berkenaan: 20 Trivia Tentang Karl Lagerfeld, Ikon Dunia Fesyen Sepanjang Zaman Yang Tidak Ramai Tahu