Lisa dari kumpulan wanita popular masa kini, BLACKPINK adalah ikon fesyen yang baharu. Sejak menganggotai kumpulan BLACKPINK, Lisa mengumpul peminat yang ramai dan sehinggalah hari ini, dia memiliki 42.7 juta pengikut. ‘Engagement’ Lisa dalam media sosial teramatlah tinggi. Satu post boleh mencecah 7 likes. Manakan tidak, semua jenama berebut mendapatkannya untuk dijadikan duta produk.
Adalah satu kebanggaan, pabila Lisa mewakili wajah Asia untuk tampil dalam kempen fesyen rumah fesyen antrabangsa, seperti Celine. Bukan calang-calang jenama fesyen. Apatah lagi Celine jarang-jarang sekali menyunting wajah Asia untuk dijadikan wajah kempen. Berikutan itu, Lisa dirakam kerap menghadiri acara Celine di Paris Fashion Week kerana berpeluang untuk duduk di baris hadapan Celine. Sebras dengan nama besar lain termasuklah editor-editor fesyen dan selebriti terkenal Perancis.
Lisa diangkat sebagai ikon fesyen baharu bukanlah disebabkan popularitinya. Malah, dia memiliki gaya yang menakjubkan. Lisa sememangnya membawa tegar imej pop, pun begitu dia bijak menyerlahkan sisi karakternya melalui pakaian dan aksesori yang kebanyakkannya dari jenama premium. Lisa melantik penata gaya peribadi untuk memastikan tiap gaya yang dipersembahkan punya impak.
Selain itu, tanpa di duga ia berkemungkinan mencetus fenomena tersendiri. Seperti baru-baru ini, Lisa dilaporkan menyarung rekaan Marine Serre sewaktu membuat persembahan untuk promo album baharu. Sejurus itu, label Marine Serre bertambah lagi orang kenal dan ‘viral’ di media sosial. Become a must have for a new generation of fashion fans.
Lisa suka bereksperimen dengan fesyen. Stail Lisa tidak mandatar. Ada kalanya, Lisa suka tampil feminin dan ada masa lain, Lisa bergaya yang ada pengaruh maskulin. Setakat ini, sudah banyak gaya rambut Lisa cuba. Percubaan tersebut memberinya kebebasan dalam fesyen, yang mana sewajarnya dijadikan rujukan oleh setiap perempuan.
Ia turut berperanan sebagai medium buat Lisa untuk mengekspresi dirinya. Suatu inisiatif yang positif buat jutaan peminatnya. Saya mengagumi stail Lisa kerana gayanya pelbagai, it’s like an intersection between sportswear and luxury.
Melalui Instagram-nya, Lisa banyak berkongsi ‘look’ yang luar biasa buat tatapan pengikut setianya. Let’s take a look!
Artikel berkaitan: 7 Jurusolek OPPA yang Pakar Solekan