Solekan mata grafik jadi taruhan Lucia Pica untuk pertunjukan terbaru Chanel. Cukup impactful!
Lucia Pica saya kira antara ‘pengarah kreatif’ dalam dunia kecantikan yang begitu genius. Ada sahaja ideanya dalam dunia solekan yang menjadikan figura ini cukup outstanding. Saya secara peribadinya sentiasa berasa kagum dengan idea solekan juga cara dia melihat kecantikan itu sendiri.
Terbaru, menerusi pertunjukan Chanel Métier d’art Collection 20/21 yang berlangsung minggu lalu, Lucia Pica mencipta solekan mata dengan gaya yang sedikit eksentrik tapi masih tidak pelik untuk dicuba. Mainan celak hitam dalam lakaran membulat pada kelopak mata betul-betul memberi impak pada penampilan model-model yang melewati pentas peragaan Chanel.
Lihat Idea Solekan Marion Cotillard Dalam Kempen Chanel No 5
Kata Lucia Pica dalam temubualnya, “Koleksi ini bernadikan semangat Renaissance. Ilham solekan saya ini adalah interpretasi moden saya kepada wanita-wanita yang berani. Solekan ini sangat kuat mainan grafiknya, menjadikan mata tampak lebih besar dan lebar. Tumpuannya adalah pada ton hitam dalam tekstur pusam dengan gincu berkilau dalam ton bibir yang semula jadi.”
Untuk mata Lucia menggunakan Le Volume Revolution De Chanel dalam ton hitam dan disempurnakan dengan pembayang mata Les 4 Ombres 334 Modern Glamour. Pembayang mata ini hadir dalam empat warna hitam bersama ton kelabu, putih dan tembaga.
Untuk asas solekannya pula, Lucia Pica mengambil keputusan untuk membiarkannya tampil pusam. Saya percaya dia memilih gaya demikian kerana mahu menyeimbangkan keseluruhan, mata dan bibir sudah strong, mengapa perlu ‘berlumba-lumba’ gaya dengan kulit yang terlebih glowing atau dewy misalnya.