Melihat Instagram Noah Cyrus lagaknya seperti gadis 20-an yang lain. Selera fesyenya berciri sensual, muziknya lebih deep dan tidak kalah bercakap tentang politik. Lahir dalam keluarga seni yang mana ayahnya Billy Ray Cyrus, Raja Country Music. Kakaknya pula Miley Cyrus, langusng tidak perlukan nota kaki. Kini dia pula mahu mencuba nasib dalam dunia hiburan. Fokusnya adalah menjadi penyanyi dan penulis lagu. Tidak jauh pergi, berbekalkan DNA bakat semulajadi milik keluarga Cyrus.
Gayanya sering kali mencuri tumpuan. Lagak stail Tennessee diberi sentuhan cukup sensual. Walaupun tidak kena dengan usia. Dia menonjol dengan sisi yang lebih sensual. Mungkin kerana itu juga Noah Cyrus menduduki carta paling utama dalam pencarian Google tahun ini! Terbaru dia membuat komen dengan menyelar gaya Harry Styles yang bergambar dalam dress. Komennya yang berbaur perkauman itu mencipta berita dalam media sosial. Dia cepat-cepat memohon maaf atas kata-katanya pada Styles.
Pencapaian yang paling membanggakan buatnya adalah menerima pencalonan daripada Grammy. Tahun 2021, akan menyaksikan dia beregu dalam pencalonan Artis Baru Terbaik buat Grammy Awards yang ke-63. Lawannya termasuklah Doja Cat, D Smoke dan Chika. Dengari lagu terbaik bingkisan Cyrus melalui Spotify miliknya.
Pautan Berkenaan: Tip Fesyen Lily Grace Moss, “Mixes Menswear” Dalam Penggayaan Harian