Zendaya, gadis berusia 24 tahun yang memiliki banyak inspirasi yang wajar dijadikan contoh. Merangkumi semua aspek. Perihal fesyen, kecantikkan, gaya hidup dan kerjaya, semuanya Zendaya tawan. Tahun ini, Zendaya dinobatkan Outstanding Lead Actress in a Drama Series di Emmy Awards, dan kemenangan itu mencatat sejarah, yang mana Zendaya merupakan pelakon termuda yang pernah memenangi anugerah tersebut. Kemenangan Zendaya itu, adalah disebabkan keberkesanan lakonannya menerusi siri “Euphoria”.
Kemenangannya itu sememangnya menjadi sebutan, namun selain daripada itu, dua gaya yang dipamerkan Zendaya untuk acara tersebut juga a total winner. Zendaya bekerjasama dengan penata gaya peribadinya, Roach untuk menghasilkan dua custom made ilham Armani Prive dan Christopher John Rogers. Diserikan lagi dengan barang kemas Bulgari (subang berlian, cincin berlian emas dan putih) dan sepatu tinggi Christian Louboutin. Antara penampilan yang paling ‘outstanding’ sepanjang 2020.
Not just that, gaya-gaya lain Zendaya juga membuahkan inspirasi. Sekiranya tidak bersiap untuk ke acara, Zendaya selesa menggayakan helaian ringkas, namun ada karakter, sama seperti anak-anak muda seusianya. Ringkas, tetapi ada wow factor. Terkadang, Zendaya menonjolkan sisi lainnya, melalui penampilan bersifat maskulin. Tuksedo, sut, men’s jacket antara yang pernah disarung Zendaya. Menepati jolokan Zendaya sebagai ‘a daring style star’. Tambahan lagi, Zendaya dilantik rumah fesyen Valentino sebagai duta kempen baharu. Setiap gadis sama kategori usia dengannya, harus menitip gaya-gaya Zendaya untuk inspirasi dan keyakinan dalam fesyen. You go girl!
Artikel berkaitan: “Evermore”, Taylor Swift Berekspresi Melalui Stail ‘Autumnal’