Spekulasi peminat sahaja! Ia belum tentu benar selagi tidak ada apa-apa kenyataan rasmi daripada Gigi Hadid dan Zayn Malik sendiri. Namun bagaimana munculnya khabar angin ini?
Taylor Swift mengejutkan peminat dengan penghasilan album keduanya dalam tempoh pandemik Covid yang berjudul Evermore, lima bulan selepas mengeluarkan album bertajuk Folklore. Hanya sehari selepas itu, seorang peminat sudah pun membuat spekulasi mengenai salah satu lagu dalam album tersebut.
“Rasanya kawan baik saya berjaya temui sesuatu! ‘August’ adalah trek 8 dalam album Folklore dan Gigi pernah memuat naik gambar di Instagram dengan kapsyen ‘August, waiting for our girl,” tulisnya di Twitter. “Trek 8 dalam album Evermore adalah Dorothea. JADI ADAKAH NAMA ANAK GIGI DOROTHEA?”
Walaupun tiada apa-apa pengumuman daripada Gigi sendiri, peminat membandingkan trek Evermore dengan trek Folklore berjudul Betty, yang dinamakan sempena nama anak ketiga Blake Lively. Dan peminat sudah mula melihat corak yang sama.
Namun, peminat lain mengatakan lirik lagu tersebut menceritakan tentang persahabatan antara Taylor Swift dan Selena Gomez, juga sebaris lirik yang berbunyi “you’re a queen selling dreams, makeup and magazines,” mungkin merujuk kepada jenama kecantikan milik Selena Gomez, Rare Beauty.
Jadi mana satu yang betul? Tunggu sahaja pengumuman daripada mulut Gigi Hadid sendiri.
Foto: Matt Sayles/Invision/AP/Shutterstock