Malang sungguh nasib bintang K-Pop terkenal ini apabila dia disiasat oleh pihak berkuasa atas tuduhan menyeludup dadah.
Menurut The Korean Herald, BoA atau nama sebenarnya Kwon Bo-Ah dituduh membawa dadah jenis Zolpidem tanpa kebenaran dalam perjalanannya dari Jepun ke Korea Selatan, menggunakan nama salah seorang kakitangan agensinya.
Hakikatnya, dadah yang dimaksudkan adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat masalah tidur atau insomnia. Namun, ia tetap memerlukan pengesahan.
Menurut agensinya iaitu SM Entertainment, BoA memang perlu mengambil ubatan tersebut atas kebenaran doktor untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Dia mendapatkan ubat tersebut daripada doktor di sebuah hospital di Jepun dan tidak menyedari dia perlu mengisytiharkan ubat yang dibawa ketika memasuki Korea Selatan.
Pihak SM Entertainment memaklumkan mereka belajar daripada kesilapan tersebut dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.
Foto: Platunimlist.net
Baca: Jisoo BlackPink Juga Obses Dengan Beg Lady Dior