One of the most talked about person on earth, Kylie Jenner sekali lagi mencipta sejarah setelah diumumkan sebagai selebriti ‘Highest Paid Celebrity 2020’. Laporan Forbes berkenaan, turut berkongsi senarai sepuluh selebriti lain yang tersenarai. Bukan calang-calang nama ya. Kim Kardashians, Taylor Swift, The Rock dan bintang-bintang popular lain turut tersenarai. Ternyata, kontroversi dan cerita peribadi Kylie berjaya meningkatkan mutu perniagaan dan terus melonjakkan lagi ‘nilai’ seorang bernama Kylie Jenner sepanjang 2020.
Dalam kekecohan laporan tersebut, EH! lebih tartarik kupada satu perkara lain. Yakni perihal fesyennya. Kylie Jenner bagai ada magis. Apa sahaja ‘look’ dan sentuhan yang Kylie kongsikan, semestinya mencetus fenomena dan ikutan baharu. Sedikit sebanyak estetikanya mempengaruhi anak-anak muda khasnya dalam trend fesyen dan teknik mengambil gambar media sosial. Langsung, membentuk rujukan baharu. Dalam pada yang kurang menggemari Kylie, lebih ramai lagi yang menyenangi Kylie sebagai inspirasi terhadap banyak benda. Contohnya, teknik menggendalikan gambar-gambar Instagram.
Sejak bulan lalu (memasuki musim perayaan), Kylie dirakam aktif melakukan aktiviti luar, seperti bermain ski, membawa anaknya, Stormi bermain salji di luar dan meluangkan masa yang lebih di destinasi percutian. Sambil itu, gaya-gaya Kylie sewaktu melakukan aktiviti-aktiviti tersebut kebanyakkan she does it in fashion. Style and Statement is a must for her. Kylie gemar melakukan sesuatu itu dengan ‘statement’ yang menakjubkan.
Melayari posting-posting Kylie, kami cukup tertarik dengan barisan look yang Kylie pernah tonjolkan. Bergaya kala musim sejuk, Kylie berpegang kepada satu kunci gaya yang sangat penting. Iaitu jaket puffer. Jaket puffer sudah dianggap ‘key look’ dalam trend fesyen sekarang, terutamanya pabila trend ‘sportswear’ kembali semula beberapa musim lepas. Diperkukuhkan lagi dengan tampilan look Kylie dalam kebanyakkannya menyarung jaket puffer. Stormi pun sama. Jaket puffer oversized, putih, bermonogram, bercorak lantang dan hitam klasik pernah Kylie gayakan. It’s like Kylie approved the puffer looks. Kesemua look ini membuktikan Kylie owns this year’s winter looks.
Artikel berkaitan: Zendaya, Gadis Semasa Penuh Inspirasi