Selamat Hari Ulang Tahun buat Daiyan Trisha. Semalam, Daiyan menyambut hari kelahirannya. Ramai teman-teman, rakan selebriti dan peminat mengambil kesempatan dengan berkongsi gambar dan ucapan ringkas buat Daiyan melalui posting-posting IG Story. Ternyata, selebriti cantik yang disenangi ramai ini, memiliki bilangan pengikut setia yang tinggi.
Sidang redaksi EH! juga ingin berkongsi ucapan hari kelahiran buat Daiyan, semoga dimurahkan rezeki, cemerlang dalam apa jua penglibatan, dipermudahkan segala urusan and of course, stay aesthetics! We love it.
Daiyan sememangnya bintang fesyen masa kini. Selain memiliki estetik gaya yang tersendiri, Daiyan juga bijak berfesyen. Dia tahu stail apa yang bertepatan dengan keperibadiannya, langsung mencetus rujukan fesyen buat wanita-wanita di luar sana. Terutamanya, anak-anak muda. The youngsters really look up to her style.
Setakat ini, pelbagai jenama fesyen dan kecantikkan antarabangsa serta tempatan, yang beret untuk dapatkan Daiyan. Dari satu musim ke satu musim baharu, pastinya Daiyan antara ‘influencer’ bertuah dapat memiliki item-item fesyen terhangat dengan kadar lebih awal.
Teknik Daiyan mengendali dan susun atur media sosialnya juga kelihatan ‘senang’ mata melayarinya. Seakan terbuai saat ‘scroll’ akaun Instagram Daiyan, yang mana banyak menggunakan warna beige atau brown sebagai pemikat utama.
Sempena ulang tahun Daiyan yang ke-27, EH! kongsikan ‘look’ Daiyan yang cukup stylish, tersendiri dan full of aesthetic. Take a look.
Artikel berkaitan: Empat Gaya Kaca Mata Hitam, Trik Instant Glamor