Dunia fesyen kehilangan seorang lagi insan bergelar model dan muse fesyen, Stella Tennant semalam. Pada usia 50 tahun, Stella Tennant menghembus nafas terakhir. Dan ia menandakan lebih daripada 25 tahun Stella bekerja dalam bidang fesyen sebagai model. Stella merupakan model kegemaran ramai, termasuklah pasukan editorial Vogue.
Vogue British antara majalah terawal yang menyunting Stella sebagai penghias halaman fesyen. Imej ‘androgynous’ Stella memang cukup menakjubkan.
Penglibatan Stella dalam dunia peragawan bermula pada awal era ’90-an. Yang mana, banyak bekerjasama dengan Isabella Blow. Wajah Stella pertama kali muncul dalam Vogue British adalah sewaktu kolaborasinya bersama Isabella Blow untuk Vogue British edisi Disember 1993 untuk halaman editorial “London Girls”. Dan seterusnya muncul dalam halaman fesyen, kempen fesyen dan runway untuk pelbagai jenama terulung.
Stella merupakan muse fesyen buat kebanyakkan pereka fesyen. John Galliano, Karl Lagerfeld, Riccardo Tisci, dan tak dinafikan diangkat sebagai muse Chanel. Stella antara wajah yang kerap terpilih untuk melewati pementasan Chanel variasi koleksi. Karl Lagerfeld amat menyenangi Stella. Dan sudah beberapa kali muncul di atas pentas Chanel, sambil ditemani Karl Lagerfeld.
Stella juga banyak berkawan dengan beberapa model ternama. Kate Moss, Naomi Campbell, Jessica Stam, Karen Elson, Sophie Dahl, Alek Wek antara model yang rapat dengannya. Jurugambar usah disebutkan lagi. Ramai jurugambar fesyen profesional yang gemar mengambilnya sebagai muse. Tim Walker, Craig McDean, Steven Meisel, Irving Penn sering bekerjasama dengan Stella untuk mencipta imej-imej ikonik.
Stella cukup serius sewaktu bekerja sebagai model. Dia fokus dan memberi seratus peratus sekiranya berada dalam set penggambaran. Stella tanpa ragu lagi, antara ikon majalah Vogue. Stella mendefinisikan a true British style, memiliki tomboyish look yang cukup ikonik, cita rasa eklektik dan berupaya meninjeksi apa sahaja yang dipakainya kelihatan cool. She is the cool factor. Stella Tennat tiada galang gantinya. Rest in peace Stella.
Sumber gambar: Google
Artikel Berkaitan: Halima Aden, Ikon Generasi Baharu Meninggalkan Dunia Fesyen