Walaupun masa Sabtu dan Ahad itu sebenarnya tidak cukup untuk bercuti tapi apa salahnya kamu habiskan masa hujung minggu bersama yang tersayang. Tidak perlu tunggu cuti panjang untuk pergi berlibur, gunakan hujung minggu dengan sebaiknya. EH! kongsikan beberapa tempat yang boleh kamu pergi untuk percutian pendek.
Pulau Rawa, Johor Bahru
Gambar: www.trekearth.com
Gambar: thenatstory.com
Tiga puluh minit perjalanan menaiki bot laju dari jeti Mersing akan memjadikan percutian pendek hujung minggu anda menjadi sangat menyeronokkan. Tentu sekali kamu akan terpukau dengan keindahan di Pulau Rawa. Pulau Rawa merupakan lokasi yang popular buat para penyelam.
Bandar Hilir, Melaka
Gambar: www.library.utem.my
Cuma dua jam perjalanan dari pusat bandar, semestinya Melaka adalah destinasi terbaik untuk percutian pendek di hujung minggu. Menginap di hotel sekitar Bandar Hilir dan luang kan masa malam minggu kamu di Jonker Walk yang menjual pelbagai barangan yang unik. Selain Pulau Pinang, Melaka juga kaya dengan pilihan makanan yang perlbagai. Jangan lupa untuk merasa Asam Pedas Power di Bukit Cina. Apa salahnya sesekali mengenang sejarah dengan melawat tempat-tempat bersejarah yang terdapat di sekitar A Famosa.
Kolam Air Panas Sungai Klah, Perak
Gambar: www.cuticuti-malaysia.com
Sesekali menghirup udara ala semula jadi sambil berendam dalam air panas memang sangat menyegarkan selepas seminggu bekerja. Sungai Klah menawarkan percutian pendek yang sangat tenang dengan suasana hutan subur menghijau, bukit bukau dan anak sungai yang jernih.
Batu Feringgi, Pulau Pinang
Gambar: www.penangpage.com
Kalau kamu teringin makanan yang sedap-sedap, Pulau Pinang adalah destinasinya. Nikmati matahari terbenam di pantai Batu Feringgi dan disebelah malamnya boleh lah kamu isi perut di pusat penjaja makanan Gurney drive. Di situ jangan lupa untuk mencuba pasembor yang sedap! Sebelum pulang, singgah ke Chowrasta untuk membeli jeruk buat dibawa pulang.