Jika ada satu gaya rambut paling digilai oleh Kim Kardashian tahun ini, tiada jawapan yang paling tepat melainkan gaya tocang.
Selepas melihat gambar yang dimuat naik di Instagram semepena sambutan Krismas minggu lalu, saya terus dapat membuat kesimpulan bahawa Kim kardashian adalah ratu rambut tocang tahun ini. Pada tahun ini Sudah banyak kalis aya terlihat Kim menggayakan rambut sedemikian. Gaya tocang Kim juga pelbagai, ada masanya dia menggayakan satu ikatan sahaja, ada masa yang lain tocangnya tampil berkembar. EH! Menyorot gaya tocang Kim Kardashian dari awal hinggalah ke penghujung 2020.
Januari
Untuk kempen pakaian dalamnya, SKIMS, Kim Kardashian memilih gaya tocang dan dipadankan dengan stail solekannya yang memberi fokus kepada teknik kontur.
FERBRUARI
Meraikan jumlah pengikutnya yang mencecah 160 juta orang, Kim memuat naik gambarnya bersama Kourtney, dan dia tampil dalam rambut tocang.
MAC
Tampil memberi sokongan kepada suaminya untuk Yeezy Season 8, dan sekali lagi Kim tampil bertocang. Tapi gayanya kali ini menerima kecaman bila mana ada yang marah kerana Kim bukanlah berketurunan kulit hitam. Bagi mereka inia dalah satu bentuk cultural appropriation.
APRIL
Kim berkongsi gambar bersama anaknya, dan kedua-duanya menggayakan gaya rambut bertocang. Foto ini rasanya dirakamkan di belakang pentas pertunjukan Yeezy di Paris. Nampak comel!
Klik: Kisah Lucu Disebalik Gaya Rambut Mullet Miley Cyrus.
MEI
Satu posting dengan caption “I miss my sisters”, dan Kim masih lagi tampil dalam gaya rambut yang sama.
JULAI
Berkongsi gambar bersama anjing peliharaannya, Kim tampil dalam gaya rambut serupa.
SEPTEMBER
Berkongsi gambar yang cukup seksi (selalunya memang begini), gaya tocang Kim kali ini panjang sampai ke kaki.
OKTOBER
Sewaktu muncul di muka hadapan majalah Another Magazine, Kim sekali lagi memilih untuk tampil dalam gaya rambut tocang.
NOVEMBER
Masih lagi dalam gaya tocang, walaupun gambar yang biasa-biasa sahaja. Rasanya gambar sewaktu penggambaran. Gaya tocang berkembar ini memang cukup menarik.
DISEMBER
Untuk kempen KKW Beauty, Kim masih setia dengan gaya tocang. Tapi kali ini gaya tocangnya sedikit berbeza.