Sudah biasa kita dengar kes rumah selebriti dimasuki peminat fanatik dengan tujuan untuk mengintip atau mencuri harta benda sebagai kenangan.
Namun berlainan pula dengan kes yang dialami Rain dan isteri, Kim Tae-Hee. Kediaman mereka diceroboh warga emas untuk menuntut hutang!
Menurut laporan, sepasang suami isteri berusia 70-an datang berjumpa Rain di rumah dan menuntut wang sebanyak RM92,000 kerana kata mereka, bapa Rain, Encik Jung membeli beras di kedai mereka secara berhutang dua dekad lalu namun tidak membayarnya sehingga kini.
Mereka meminta untuk bercakap dengan bapa penyanyi itu namun dia enggan berjumpa. Disebabkan berang, pasangan ini mula berteriak dengan kuat dan melanggar pagar luar rumah beberapa kali sehingga berjaya memecahkan kunci bernilai RM750 sebelum memasuki premis tersebut tanpa kebenaran.
Nasib baik tiada sebarang kecederaan berlaku, namun pasangan warga emas tersebut didenda sebanyak RM2,500 setiap seorang oleh hakim kanan di Seoul Western District Court.
Pasangan warga emas ini pernah memuat naik satu mesej mengenai hutang tersebut di komuniti atas talian pada tahun 2018. September tahun lalu, si suami mengemukakan tuntutan saman terhadap Encik Jung sebanyak RM183,000 tetapi kalah dalam kes tersebut.
Rain kemudiannya mengemukakan injuksi terhadap mereka pada Februari tahun ini. Mahkamah menyatakan, “Mangsa (Encik Jung) telah mengalami gangguan mental disebabkan hal ini, tetapi dia tidak ingin mengambil apa-apa tindakan terhadap pelaku.”
Foto: Instagram/Rain
Baca: Nombor Telefon & Emel Bintang K-POP Di Jual, Siapa punya angkara?