Februari nanti, seluruh penganut agama Budhha dan masyarakat Cina bakal meraikan ketibaan tahun baru, menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar. Menyemarakkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina, label Calvin Klein melancarkan koleksi baharu dengan penerbitan kempen berlatarkan sambutan Tahun Baru Cina.
12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, harimau, arnab, naga dan sebagainya. Haiwan lembu merupakan haiwan yang mewakili tahun ini. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri. Selaras dengan itu, Calvin Klein menghadirkan rekaan kapsul yang berinspirasikan tahun lembu, yang mana cetakan yang menghiasi rekaan musim ini menampilkan illustrasi lembu sebagai fokus utama. Cetakan lembu dalam çorak camo serta variasi warna, mengetengahkan rekaan yang bersifat kasual dan kesukanan. Mencemerlangkan hebat trend ‘streetwear’.
Istimewanya musim baharu, penciptaan kempen ini menampilkan wajah-wajah masa kini yakni bintang Asia, seperti Lay Zhang, Lil Ghost, dan Xin Liu. Mereka turut disertai oleh model lain, antaranya, Iris Yang dan Liu Hao.
Kempen tersebut mencadangkan sambutan Tahun Baru Cina melalui perspektif moden. Dan paduan gaya yang cukup relevan untuk digayakan sepanjang Tahun Baru Cina. Koleksi ini menandakan fasa baharu Calvin Klein sempena musim perayaan, dengan menyuai padankan helaian dan aksesori dari rangkaian Calvin Klein Jeans, Calvin Klein Underwear, dan Calvin Klein Perfomance. Dilengkapi dengan rekaan pakaian dalam yang ditawarkan dalam warna merah, ilustrasi lembu dan corak-corak, melambangkan sambutan Tahun Baru Cina dengan cukup sempurna. Pelbagai aksesori yang memikat ditawarkan, seperti beg galas, pouch, topi bucket, dan ‘street pack’ yang serba praktikal.
Jurugambar, Liu Song dan Jia Ji Jin merupakan individu-individu disebalik penciptaan dan konsep kempen tersebut. Memunculkan siri imej serta video pendek yang menggunakan konsep warna-warna minimal dan ditonjol hebat dengan aksi-aksi model yang ditampilkan dalam setiap siri kempen. Koleksi ini boleh didapati secara online atau berkunjung ke cawangan butik Calvin Klein Jeans dan Calvin Klein Perfomance.
Artikel berkaitan: Siti Saleha x Cream Couch, Paduan Klasik & Minimal