UNIQLO bakal melancarkan himpunan Uniqlo U musim bunga/panas 2021 tidak lama lagi. Siap sedia ya! Bermula 22 Januari nanti, beberapa item akan mula terjual di stor dan online secara berperingkat, mengandungi koleksi lelaki dan perempuan. Lebih mengujakan lagi, istimewanya musim ini, terdapat rekaan Uniqlo U untuk kanak-kanak pula. Aren’t we excited to hear this?
Direka oleh Pengarah Artistik, Christophe Lemaire bersama pasukan kreatifnya berlokasikan di Paris, tiap rekaan yang terkandung punya inspirasi tertentu. Menggenggam teguh sifat keindividuan. Musim ini menandakan musim kesepuluh himpunan Uniqlo U dipersembahkan oleh Christophe Lemaire. Yang teguh menghadirkan rekaan berjiwa bebas, menjunjung faktor keselesaan, praktikal, bermutu dan signifikan dengan imej bersih. Lalu, menegapkan imej wanita moden yang mementingkan stail.
Koleksi musim ini turut menerokai warna-warna baharu yang lebih segar. Juga membariskan sekali kerja seni, yang bukan hanya merai seni warna, corak dan grafik. Lantas, mencemerlangkan sesuatu rekaan.
Musim baharu ini memfokuskan kepada ‘simplicity’ dan butiran penting seperti fit, pemilihan fabrik dan corak, yang dirasakan relevan dengan kehendak semasa. Menyebut tentang himpunan pakaian sedia pakai pula, Uniqlo U membariskan ceraian-ceraian seperti kot, jaket bomber, kardigan, top kait, jaket blazer, baju panas, kemeja T, skirt kapas, seluar lebar, celana denim, kemeja dres, kot trench dan juga aksesori sinonim musim panas, seperti sandal dan beg tote. Setiap rekaan yang terkandung, dijamin mencapai keselesaan maksima, bagi memenuhi permintaan pemakai yang menghendakkan penampilan ‘structured’ juga versatil. Direka untuk semua jenis identiti.
Koleksi Uniqlo U musim bunga/panas 2021 menawarkan 34 item untuk perempuan, 31 item untuk lelaki dan 6 item khusus kanak-kanak.
Artikel berkaitan: Calvin Klein CNY2021, Kini Di Pasaran